Kamis, 19 Juli 2012

Aku dilahirkan ke dunia untuk dihormati,disayangi dan dicintai..
Walaupun aku tahu,diriku tidak sempurna..
Diriku hanya insan biasa..
Punya hati dan perasaan..
Namun,mengapa diriku sering dihina,dicaci dan dipandang rendah?
Aku tidak mengerti..
Adakah patut aku menyalahkan takdir?
Ataupun aku patut berasa menyesal kerana dilahirkan ke dunia..
Aku keliru..

Aku diajar untuk menghormati orang lain..
Dengan ini,aku akan disenangi oleh orang ramai..
Namun,mengapa sebaliknya yang terjadi?
Keikhlasanku untuk berbuat baik terhadap orang disekelilingku dipandang remeh?
Tidak cukup dengan itu,pelbagai tohmohan yang dilemparkan terhadapku..
Apa sebernanya yang berlaku?
Mengapa semua orang menjauhkan diri mereka dariku?
Adakah aku harus dipersalahkan terhadap perbuatan mereka?

Setiap kali aku menyepikan diri,aku akan teringat peristiwa itu...
Hanya linangan air mata yang menemaniku sepanjang hari..
Sampai bila harus aku bersikap seperti ini?
Diriku sendiri tidak punya jawapan..
Namun,aku cepat sedar..
Setiap apa yang berlaku,tentu ada hikmah di sebaliknya..
Aku percaya,Tuhan akan sentiasa berada disisi insan yang memerlukan.. 

                                       Khairiah Khiara

Tidak ada komentar:

Posting Komentar